SOALAN
LAZIM
Berikut
adalah antara soalan yang biasa ditanya mengenai perkhidmatan fotografi,
videografi dan audio visual. Diharap, ianya dapat membantu anda untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan.
1)Bolehkan
anda merakam gambar perkahwinan saya yang akan diadakan di luar kawasan
Kuala Lumpur?
Kami boleh memberi perkhidmatan di seluruh Malaysia, tetapi perkhidmatan
di luar kawasan Lembah Klang melibatkan beberapa kos tambahan. Jumlah
kos tambahan yang terlibat bergantung kepada berapa jauh sesuatu tempat
dan samada perlu bermalam atau tidak.
2)
Apakah ciri-ciri seorang jurukamera profesional?
Dari segi makna profesional itu sendiri bermaksud jurukamera itu mendapat
bayaran dari kerja yang dilakukannya. Sudah tentu beliau mahir dengan
tugasnya sehingga boleh dijadikan sumber pendapatan. Beserta dengan
ilmu dan pengalaman yang dimiliki, seseorang jurukamera profesional
akan menghasilkan kerja yang terbaik kerana produk yang dihasilkannya
itulah akan menentukan samada beliau akan mendapat pendapatan seterusnya
pada masa akan datang.
3)
Mengapakah terdapat perbezaan harga yang ditetapkan oleh jurugambar?
Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan harga tersebut?
Seperti juga bidang pekerjaan yang lain, pengetahuan dan pengalaman
kerja adalah satu faktor yang menentukan tinggi atau rendah pendapatan
yang layak dimiliki oleh seseorang itu. Begitu juga dengan jurugambar.
Seseorang jurugambar yang mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman
dalam bidang fotografi akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding
jurugambar lain yang baru menceburi bidang fotografi. Selain
dari itu, faktor kualiti peralatan yang digunakan, kualiti produk dan
perkhidmatan tambahan juga menyumbang kepada perbezaan harga di antara
jurugambar.
Walau bagaimana pun, dari apa yang dinyatakan ini, mungkin perkara
yang sebaliknya berlaku.
4)
Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk menyiapkan kesemua
gambar foto dan video majlis perkahwinan?
Biasanya, kami menyiapkan gambar foto dan video dalam tempoh 2 minggu.
Tetapi, ini semua bergantung kepada kerumitan kerja sesuatu pakej yang
dikehendaki oleh pelanggan. Sekiranya anda inginkan gambar anda disiapkan
dalam tempoh kurang dari 2 minggu, sila berbincang dengan eksekutif
jualan kami terlebih dahulu.
5)
Apakah jaminan yang boleh saya dapati bahawa jurugambar yang ditempah
pasti akan hadir pada majlis perkahwinan saya. Bagaimana sekiranya
jurugambar tersebut sakit, berlaku kecemasan dan sebagainya? Saya pernah
terdengar cerita ada jurugambar ( bukan dari Adan Impresif ) tidak
datang untuk merakam gambar pada hari yang dijanjikan sedangkan wang
deposit telahpun diambil.
Kami menjalankan perniagaan ini secara sepenuh masa. Reputasi adalah
amat penting bagi kami. Setiap tugasan akan dilakukan dengan penuh
komitmen kerana biasanya pelanggan yang berpuas hati akan mencadangkan
kami kepada rakannya yang lain. Kes jurugambar tidak hadir pada majlis
perkahwinan tidak pernah berlaku di pihak kami. Dengan pengalaman lebih
dari 10 tahun dalam bidang fotografi, kami mempunyai rangkaian jurugambar
yang luas. Ini bermakna, kami sentiasa mempunyai sebilangan jurugambar
sokongan yang sentiasa bersedia untuk menggantikan jurugambar yang
tidak dapat melaksanakan tugasnya sekiranya berlaku perkara yang tidak
dapat dielakkan.
6)
Saya telah membuat survey ke atas 3 orang jurukamera video
profesional untuk merakam gambar majlis perkahwinan saya. Saya
perlu memilih
seorang
dari
mereka
untuk merakam gambar pada majlis perkahwinan saya nanti. Tetapi, agak
sukar untuk memilih jurukamera yang paling sesuai. Harga bukanlah
masalah
utama, yang penting saya mendapat kualiti yang terbaik. Harap saudara
dapat memberikan sedikit panduan.
Sekiranya ketiga-tiga jurukamera yang anda dapati itu adalah jurukamera
profesional, maka anda perlu meneliti kriteria lain untuk memilih yang
terbaik.
Kriteria yang dimaksudkan itu adalah bidang pengkhususan atau kepakaran.
Terdapat berbagai bidang pengkhususan dalam videografi. Antaranya ialah
jurukamera studio TV, jurukamera dokumentari, jurukamera berita, jurukamera
majlis rasmi dan jurukamera perkahwinan. Setiap jurukamera mahir
dalam bidang pengkhususan tertentu sahaja. Untuk kualiti yang maksimum,
dapatkan jurukamera yang mengkhusus dalam rakaman majlis perkahwinan.
Pastikan anda melihat contoh hasil kerja jurukamera berkenaan terlebih
dahulu.
7)
Saya ingin mencari jurugambar untuk majlis perkahwinan saya. Adakah
jurugambar yang dicadangkan oleh Mak Andam boleh memberikan hasil gambar
yang baik?
Mak Andam hanya bertindak sebagai ejen kepada jurugambar.
Pastikan jurugambar yang dicadangkan oleh Mak Andam benar-benar mahir
dan menepati citarasa anda. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketahui
latarbelakang jurugambar dan lihat contoh gambar beliau. Sebaiknya,
hubungi terus
jurugambar tersebut dan berbincang sendiri dengan beliau supaya tidak
berlaku salah faham tentang apa yang sebenarnya yang bakal anda perolehi
dari wang yang anda belanjakan.
8)
Bilakah selewat-lewatnya saya perlu membayar deposit untuk menempah
perkhidmatan jurugambar?
Tidak ada tarikh akhir yang ditetapkan untuk membuat tempahan. Kami
boleh memberi perkhidmatan yang diperlukan selagi ada jurugambar yang
boleh bertugas pada tarikh yang diperlukan. Namun, untuk mengelakkan
ketiadaan jurugambar pada saat akhir, tempahan awal adalah amat digalakkan.
Terutamanya pada musim cuti sekolah dan cuti umum, kesemua jurugambar
kami biasanya akan mempunyai jadual yang ketat. Namun, tempoh yang
ideal untuk menempah jurugambar adalah 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan.
9)Mengapakah kebanyakan jurugambar meminta wang deposit yang
tinggi iaitu sebanyak 50% dari keseluruhan harga pakej untuk menempah
perkhidmatan
mereka?
Tempahan untuk perkhidmatan fotografi atau videografi perkahwinan
sebenarnya adalah tempahan ke atas tarikh. Apabila anda telah menempah
tarikh
yang tertentu untuk sesuatu perkhidmatan, seseorang jurugambar hanya
boleh melaksanakan tugasan untuk anda sahaja pada tarikh dan masa yang
ditempah. Sebarang tugasan lain pada tarikh dan masa yang sama
akan ditolak. Namum, bayaran deposit kurang dari 50% boleh dirunding
di pihak kami.
10)
Saya ingin mengadakan majlis perkahwinan saya secara ringkas sahaja.
Apakah pakej jurugambar yang paling murah yang boleh anda tawarkan?
Kami boleh memberikan pakej jurugambar mengikut kemampuan anda selain
dari pakej biasa yang kami tawarkan. Hubungi kami dan nyatakan maklumat
majlis anda dan kami akan cuba memberikan harga yang terbaik dengan
mengeluarkan beberapa item yang tidak diperlukan oleh anda.
11)
Apakah khidmat nasihat yang saudara boleh berikan mengenai persiapan
majlis perkahwinan saya, terutamaya dari segi
fotografi, video & sistem
bunyi?
Untuk sesebuah majlis perkahwinan yang ingin diadakan secara besar-besaran,
amatlah perlu khidmat nasihat mengenai keperluan teknikal diperolehi.
Beberapa perjumpaan boleh diaturkan bagi membincangkan jenis perkhidmatan
yang diperlukan, jenis pakej, jumlah krew, taklimat aturcara majlis,
jadual kerja persediaan, perkara penting yang ingin dirakam, perbincangan
harga dan sebagainya.
12)
Apakah jenis peralatan yang saudara gunakan untuk merakam gambar
majlis perkahwinan saya?
Untuk perkhidmatan fotografi, kami menggunakan sistem kamera Nikon
digital sepenuhnya, manakala untuk video, kami menggunakan
kamera video digital, sistem Panasonic lengkap dengan aksesori dan
peralatan pencahayaan. Peralatan yang digunakan juga adalah dari jenis
yang boleh
dikendalikan
dengan cepat dan mudah. Ini bagi memastikan kami mampu melakukan rakaman
majlis perkahwinan anda dengan lebih cekap dan praktikal. Namun disebalik
peralatan yang canggih dan moden, kepakaran jurugambar jugalah akhirnya
yang akan menentukan kualiti sesuatu gambar yang dihasilkan.
13)
Untuk sistem CCTV, bolehkah saya menggunakan TV saya sendiri bagi
menjimatkan kos?
Boleh, dengan itu hanya perlu membayar kos untuk pemasangan dan jurukamera
sahaja. Cuma anda perlu pastikan TV yang bakal digunakan dalam keadaan
yang baik dan boleh menerima dan menghantar keluar isyarat video.
14)
Disamping menggunakan perkhidmatan jurugambar foto, apakah kepentingan
untuk menggunakan khidmat jurugambar video?
Berbeza dengan gambar foto, gambar video menampilkan gambar gerak beserta
dengan audio. Anda boleh mendengar ucapan lafaz ijab dan kabul, ucapan
semasa majlis resepsi dan sebagainya. Gambar video juga bertindak sebagai
pelengkap kepada gambar-gambar foto. Misalnya, sekiranya sesuatu perkara
atau orang tidak dirakam oleh jurugambar foto, terdapat peluang gambar
tersebut ada dirakam di dalam gambar video. Oleh kerana gambar video
menunjukkan pergerakan, ianya kelihatan lebih hidup dan mampu menceritakan
suasana sebenar majlis perkahwinan anda.
15)
Rakan saya menawarkan untuk merakam gambar perkahwinan saya dengan
percuma. Tetapi, saya juga ada bercadang untuk mengupah jurugambar
professional. Apa pendapat saudara?
Pastikan rakan anda benar-benar mahir dalam merakam gambar perkahwinan.
Jika tidak, jangan mengambil risiko ini kerana majlis perkahwinan
adalah satu acara penting yang berlaku hanya sekali dalam hidup anda.
Kami
cadangkan anda mengambil jurugambar professional bersama-sama rakan
anda tadi. Minta jurugambar professional merakagambar acara penting
manakala rakan anda tadi boleh merakam gambar-gambar lain seperti
gambar tetamu atau gambar kandid. Jadi, anda akan dapat liputan yang
lebih
menyeluruh dan lebih terjamin.