PROFAIL
Salah satu
sudut di bilik pameran Adan, Cheras, Kuala Lumpur.
Adan
Impresif atau kini lebih dikenali dengan nama Adan diasaskan pada tahun
2001 oleh Hasnuddin Abu Samah bersama isteri, Norazidah Hashim dengan
matlamat
untuk
memberikan
perkhidmatan
khusus yang
bermutu tinggi dalam fotografi, videografi dan audio visual perkahwinan.
Adan, satu perkataan yang berasal dari bahasa Arab bermaksud syurga yang
secara
simboliknya antara lain melambangkan keindahan. Itulah yang kami cuba
paparkan dalam setiap hasil kerja kami.
Sebelum menubuhkan Adan Impresif, Hasnuddin telah merakam gambar perkahwinan
sejak lebih dari sedekad yang lepas. Pernah mendapat pendidikan formal
dalam bidang fotografi dari UiTM dan latihan video dari IPTAR, beliau pernah
berkhidmat sebagai jurugambar di sebuah syarikat penerbitan yang terkenal
dan juga pernah berkhidmat sebagai jurukamera video dengan sebuah stesen
televisyen tempatan. Disamping itu, beliau juga banyak mendapat tunjuk
ajar secara peribadi dari beberapa orang jurugambar terkemuka tanahair.
Dengan kepakaran yang dimiliki, Adan melatih sendiri sepasukan
pekerja mahir dalam fotografi dan videografi yang mampu menghasilkan
kualiti gambar seperti yang ditetapkan secara konsisten melalui sistem
kerja yang
teratur. Ini berjaya dipastikan dengan mempunyai sepasukan tenaga kerja
dalaman kami sendiri.
Sebagai salah sebuah syarikat perintis dalam kelas perniagaan sebegini,
Adan telah kehadapan dalam banyak perkara. Antara yang paling penting adalah
pencapaian dalam kecekapan kerja dimana setiap kerja yang dijalankan dapat
dilakukan dengan cepat, tiada kesilapan dan seterusnya menyumbang kepada
penggunaan kos yang paling minima. Maka dengan sebab itulah, kami boleh
menawarkan harga yang begitu kompetitif disamping kualiti dan perkhidmatan
yang cemerlang.
Di Adan, kami juga percaya,
gambar yang cantik sahaja tidak memadai untuk para pelanggan kami. Dengan
pengalaman memberi khidmat kepada ratusan pelanggan sejak ditubuhkan,
kami juga amat menitik beratkan layanan yang terbaik kepada semua pelanggan
kami. Kami bukan sahaja menjual perkhidmatan, malah memberikan khidmat
runding cara percuma dalam pengimejan perkahwinan bagi membantu bakal
pengantin membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka. Sebagaimana
kejayaan kami
dengan
para pelanggan
kami
yang terdahulu, kami yakin akan
sentiasa
dapat
memberikan
yang terbaik
kepada
para pelanggan
kami yang akan datang.