UTAMA | PROFAIL | PERKHIDMATAN | GALERI | PAKEJ | PROMOSI | TESTIMONI | SOALAN LAZIM
BERITA | ARTIKEL | KERJAYA | HUBUNGI KAMI
 
 

PERKHIDMATAN
 
 

PERKHIDMATAN FOTOGRAFI

Kami mengabadikan detik-detik terindah dalam hidup anda dengan cara yang amat mempesonakan. Nikmatilah kegembiraan hari perkahwinan anda, biar kami buktikan keindahannya di dalam gambar.
Setiap sudut dan cerita pada majlis perkahwinan anda akan kami rakam secara terperinci untuk kenangan anda buat selamanya. Selain dari merakam gambar acara perkahwinan, kami juga menawarkan perkhidmatan merakam gambar potret di studio dan lokasi luar.
 
ALBUM EKSKLUSIF ADAN

Album gambar eksklusif dari Adan pastinya akan menjadikan paparan gambar anda lebih menarik. Album ini dipersembahkan dalam rekaan dan susunan gambar mengikutjalan cerita. Secara keseluruhannya, album gambar ini nampak lebih anggun, sesuai dengan majlis perkahwinan anda. Ianya juga tahan lebih lama, untuk tatapan generasi yang akan datang.

Berbagai gaya rekaan susun atur gambar untuk dimuatkan di dalam album

Album dengan cetakan gambar di atas helaian seperti majalah

Album dengan cetakan gambar di atas mukasurat tebal
 
 

Kami menawarkan album gambar dengan pelbagai rekaan dan saiz untuk anda pilih mengikut citarasa anda
 
PERKHIDMATAN VIDEOGRAFI

Rakaman video perkahwinan dari Adan menampilkan gambar yang hidup dengan kualiti audio yang jelas untuk kepuasan anda. Suntingan digital, paparan grafik dan adunan muzik yang indah, pastinya akan menjadikan video perkahwinan anda lebih seronok ditonton.

Suntingan video secara digital mampu menjadikan video perkahwinan anda lebih menarik

Rekaan khas kotak dan cakera video DVD


PERKHIDMATAN AUDIO VISUAL
 
Sistem Pembesar Suara & Sistem Bunyi

Meriahkan lagi majlis anda dengan kualiti bunyi yang terbaik dari Adan. Dengan memainkan muzik yang bersesuaian, para tetamu akan merasa lebih selesa dan terhibur di sepanjang majlis perkahwinan anda.
 
Multi Camera Productions (MCP)

Rakam seluruh majlis anda dengan 3 kamera video serentak dan dalam masa yang sama, semua hadirin dapat menonton gambar video tersebut secara lansung di skrin. Satu pakej yang menjadi trend masa kini dan pastinya akan membuatkan majlis anda kelihatan begitu hebat.
 
TV Plasma, Projektor & Skrin

Sebagai pelengkap kepada perkhidmatan MCP, anda boleh pilih media tayangan yang sesuai untuk majlis anda. Kami menyedikan khidmat rundingcara, pemasangan dan sewaan, bagi membantu menjayakan majlis perkahwinan anda.
 
Persembahan Klip Video

Bagi memperkenalkan pasangan pengantin kepada para hadirin, tayangkan klip video ini dan lihat betapa tetamu anda akan terhibur menyaksikannya.



 
 
UTAMA | PROFAIL | PERKHIDMATAN | GALERI | PAKEJ | PROMOSI | TESTIMONI | SOALAN LAZIM
BERITA | ARTIKEL | KERJAYA | HUBUNGI KAMI
 
 
Hakcipta Terpelihara Adan Impresif 2006