UTAMA | PROFAIL | PERKHIDMATAN | GALERI | PAKEJ | PROMOSI | TESTIMONI | SOALAN LAZIM
BERITA | ARTIKEL | KERJAYA | HUBUNGI KAMI
 
 

BERITA
Berita, Rencana, Advertorial dan Lain Lain Publisiti

BERITA 1
Perkhidmatan Lengkap Fotografi dan Videografi Perkahwinan dari Adan.
Majalah Pesona Pengantin, 1 Mei 2006




Perkhidmatan Lengkap Fotografi dan Videografi Perkahwinan dari Adan.

Adan atau dahulunya dikenali dengan nama Adan Impresif merupakan sebuah syarikat yang memberikan perkhidmatan fotografi, videografi dan audio visual khusus untuk majlis perkahwinan. Adan ditubuhkan untuk menampung permintaan para pengantin yang bercitarasa tinggi yang menginginkan kelainan dan kualiti yang terbaik dalam penghasilan gambar perkahwinan mereka. Dengan pengalaman lebih dari sedekad dalam industri fotografi dan videografi perkahwinan, Adan amat memahami kehendak bakal pengantin serta memiliki kemahiran yang mendalam dalam setiap perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan Fotografi oleh Adan

Gambar-gambar rakaman Adan berjaya menarik minat sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini kerana, selain dari pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, Adan sentiasa memperbaharui teknik dan gaya fotografinya sesuai dengan trend masa kini. Selain dari gambar yang menarik, Adan juga amat menekankan mutu persembahan gambar. Gambar-gambar yang dirakam akan dipersembahkan dalam album khas yang pastinya akan kelihatan begitu eksklusif.

Perkhidmatan Videografi oleh Adan

Dengan adunan kreativiti dan teknologi, Adan menghasilkan video perkahwinan yang seronok untuk ditonton. Ini kerana, Adan menggunakan storyboard yang terperinci untuk setiap rakaman video.
Peralatan kamera digital dan sistem pencahayaan yang lengkap juga digunakan bagi kualiti gambar yang terbaik. Untuk suntingan video pula, Adan menggunakan teknik suntingan kontemporari dengan memasukkan elemen grafik, animasi, montaj video dan muzik untuk kesan tontonan yang terbaik.

Perkhidmatan Audio Visual oleh Adan

Sebagai melengkapkan lagi perkhidmatan penggambaran yang diberikan, Adan turut menawarkan perkhidmatan audio visual untuk majlis perkahwinan. Perkhidmatan sistem pembesar suara dari Adan menjanjikan kualiti bunyi yang pastinya akan memeriahkan lagi sesuatu majlis perkahwinan. Selain dari itu, Adan juga turut menawarkan berbagai lagi perkhidmatan yang berkaitan dengan audio visual seperti pemasangan TV plasma dan projektor. Adan juga adalah pakar dalam perkhidmatan Multi Camera Production dimana penggunaan 3 unit kamera video digunakan secara serentak dan dipancarkan secara langsung ke skrin projektor. Dengan sistem ini, persembahan klip video pengantin juga dapat ditayangkan secara terus kepada para hadirin yang menghadiri majlis perkahwinan anda.

Dengan berbagai perkhidmatan lengkap yang ditawarkan di bawah satu bumbung ini, kunjungan ke Adan pastinya dapat menjimatkan masa dan wang anda. Anda juga boleh mendapatkan khidmat nasihat secara percuma dari Adan. Dengan tenaga kerja dalaman yang terlatih dan perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan oleh Adan kepada para pelanggannya yang lalu, anda akan lebih yakin dengan perkhidmatan yang bakal anda perolehi. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.adan.biz atau hubungi 03-91017144.


BERITA 1
Perkhidmatan Lengkap Fotografi dan Videografi Perkahwinan dari Adan.
Majalah Pesona Pengantin, 1 Mei 2006


BERITA 2

Capturing The Moment In Photojournalism
The Sun Newspaper, 17 April 2006


BERITA 3

Foto Kahwin Kini Ke Arah Kewartawanan Foto
KOSMO!, 11 April 2006


 
 
UTAMA | PROFAIL | PERKHIDMATAN | GALERI | PAKEJ | PROMOSI | TESTIMONI | SOALAN LAZIM
BERITA | ARTIKEL | KERJAYA | HUBUNGI KAMI
 
 
Hakcipta Terpelihara Adan Impresif 2006