ARTIKEL
Artikel 5
7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Videografi Perkahwinan
-Oleh: Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.
1) Kamera digital dan analog
Pada ketika ini, kamera video analog amat kurang sekali digunakan.
Ini kerana kamera video digital mampu menghasilkan gambar yang jauh
lebih baik, harga yang mampu dimiliki dan memudahkan aliran kerja
terutamanya untuk proses suntingan digital. Secara umumnya, penggunaan
kamera digital membolehkan jurukamera menghasilkan video perkahwinan
yang lebih berkualiti dengan kos yang lebih rendah.
2) Format video
Format video merujuk kepada jenis kamera dan jenis pita video. Terdapat
berbagai jenis format video yang digunakan dan setiap satunya mempunyai
ciri-cirinya yang tersendiri. Format video yang paling popular yang
digunakan untuk merakam gambar perkahwinan adalah format mini DV.
Ianya tergolong dalam format digital. Pita mini DV ini bersaiz kecil
( lebih kecil dari kotak rokok ), tidak mahal dan mampu menghasilkan
kualiti gambar yang baik. Lain-lain format digital yang ada digunakan
adalah Digital 8, DVCAM, DVC Pro dan lain-lain lagi.
3) ‘Master
tape’
‘
Master tape’ bermaksud pita asal yang digunakan untuk merakam
gambar video. Selepas rakaman selesai dibuat, pita ini akan disunting
dahulu sebelum dijadikan VCD atau DVD untuk ditonton oleh pelanggan.
Ini bermaksud, ‘master tape’ mengandungi imej video yang
tidak disunting. Walaupun tidak disunting, kualiti gambarnya adalah
lebih baik dari VCD atau DVD yang sebenarnya merupakan salinan dari
pita asal.
4) Suntingan video
Suntingan video adalah merupakan satu proses dalam ‘post production’,
iaitu satu proses yang terlibat selepas tamat sesuatu penggambaran.
Biasanya, kerja yang terlibat dalam proses suntingan digital adalah
seperti berikut:
a) ‘Digitizing’ – memindahkan imej video dari pita
ke dalam cakera keras komputer.
b) Offline editing – memotong keluar babak video yang tidak menarik
dan menyusun semula setiap babak video mengikut kesinambungannya.
c) Online editing – memasukkan tajuk video, muzik latarbelakang
dan kesan khas.
Setelah suntingan siap dilakukan di dalam komputer, imej video ini
akan dipindah keluar ke dalam bentuk VCD atau DVD.
5) Montaj video
Montaj video biasanya dimasukkan pada awal sesuatu persembahan video.
Montaj video ini adalah ringkasan kepada keseluruhan video yang biasanya
mengambil masa sekitar 5 minit. Berbagai teknik dan kesan khas yang
menarik akan digunakan secara kreatif dalam montaj video ini.
6)
VCD & DVD
Gambar video yang telah disunting biasanya akan dipindahkan ke dalam
bentuk VCD atau DVD. Seperti yang anda sedia maklum, format DVD boleh
menghasilkan gambar yang jauh lebih baik dari VCD. Pada ketika ini,
video perkahwinan dihasilkan dalam format DVD secara meluas kerana
kualitinya yang baik dan kosnya yang semakin murah.
7) ‘Multi
Camera Production’
‘
Multi Camera Production’ adalah satu produksi video dimana lebih
dari satu kamera video digunakan secara serentak dan kesemuanya dihubungkan
kepada satu pusat kawalan. Imej terbaik dari salah satu kamera ini
akan dipilih silih berganti. Ini menghasilkan gambar video terus menerus
tanpa potongan dengan sudut rakaman yang berbeza. Biasanya, imej video
dari kamera yang terpilih akan disiarkan terus ke skrin projektor.
Khidmat ‘Multi Camera Production’ semakin popular sekarang
terutamanya untuk majlis yang diadakan di hotel kerana ianya dapat
menjadikan sesuatu majlis itu kelihatan lebih gemilang.
Artikel
1
Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda
Artikel 2
10 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Kepada Jurugambar Atau Juruvideo Anda
Artikel 3
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda
Artikel 4
7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Fotografi Perkahwinan
Artikel 5
7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Videografi Perkahwinan