2)
Fotografi digital & analog
Fotografi digital menggunakan kaedah merakam gambar foto tanpa menggunakan
filem. Fotografi analog pula memerlukan filem sebagai alat untuk
merakam gambar. Penggunaan kamera digital amat meluas pada masa kini
kerana ianya amat memudahkan kerja jurugambar, sekaligus membantu
jurugambar merakam gambar dengan lebih baik. Sekiranya gambar anda
dirakam dengan kamera analog, anda perlukan negatif untuk membuat
cetakan gambar. Namun, jika kamera digital digunakan, anda perlukan
fail jpeg atau lain-lain fail imej untuk membolehkan gambar itu dicetak.
Fail gambar ini biasanya disimpan di dalam CD. Gambar dari kamera
digital hanya boleh dicetak di kedai gambar digital.
3) ‘Photojournalistic style’ & gaya
fotografi tradisional
Rakaman gambar perkahwinan dengan pendekatan ‘photojournalist’ semakin
diminati ketika ini. Gaya fotografi ini memperlihatkan banyak rakaman
gambar kandid dengan aksi bersahaja. Setiap perkara akan dirakamkan
seperti mana ianya berlaku tanpa arahan dari jurugambar. Antara teknik
yang digunakan adalah penggunaan cahaya semulajadi yang membuatkan
sesuatu gambar itu lebih realistik. Gaya fotografi tradisional pula
adalah pendekatan rakaman gambar yang lebih tertumpu kepada rakaman
potret pasangan pengantin dan perkara lain yang berkaitan secara terus
denga sesuatu majlis perkahwinan. Namun, selain dari gaya yang disebutkan,
terdapat banyak lagi pecahan gaya lain dalam rakaman gambar perkahwinan.
4) Album ‘sticky’,
poket dan eksklusif
Album ‘sticky’ adalah album dimana kita boleh melekatkan
gambar di atas mukasuratnya dan kemudian gambar tersebut akan dilitupi
oleh helaian plastik nipis. Album poket atau ‘slip-in’ pula
adalah album yang sudah siap mempunyai ruang berpoket untuk kita menyisip
gambar ke dalamnya. Kini, dengan perkembangan teknologi fotografi digital,
sejenis lagi album gambar telah diperkenalkan. Album gambar ini mampu
mempersembahkan gambar foto dengan cara yang sangat menarik. Album
gambar ini dikenali dengan beberapa nama seperti ‘exclusive album’, ‘digital
album’, ‘special album’, ‘storyboard album’ dan
sebagainya. Secara umumnya, album ini bersaiz
8 X 10 inci atau lebih besar. Gambar-gambar di dalamnya akan disusun
atur dengan saiz dan kesan khas yang pelbagai.
5) Saiz gambar
Terdapat berbagai saiz gambar yang biasa digunakan. Gambar 3R bersaiz
3 X 5 inci adalah satu saiz yang popular satu masa dulu, kini digantikan
dengan saiz 4R iaitu 4 X 6 inci. Gambar saiz ini biasanya sesuai dimuatkan
ke dalam album. Untuk saiz yang lebih besar yang sesuai dipaparkan
dalam bingkai untuk hiasan meja adalah 5R ( 5 X 7 inci ) dan 8R ( 8
X 10 inci ). Gambar yang lebih besar dan sesuai untuk bingkai hiasan
dinding adalah saiz 11R ( 11 X 14 inci ) atau 16R ( 16 X 20 inci ).
Anda juga boleh cuba membesarkan gambar dengan saiz ‘panoramic’ atau ‘square’ untuk
mendapatkan kelainan pada paparan gambar anda. Satu perkara penting
yang harus diingat sebelum membesarkan gambar ialah, anda perlu pastikan
yang gambar tersebut benar-benar tajam dan beresolusi tinggi. Jika
tidak, gambar tersebut akan kelihatan kabur setelah dibesarkan.
6) Pembantu jurugambar
Ada jurugambar yang menggunakan pembantu jurugambar apabila melakukan
tugasan merakam gambar perkahwinan. Pembantu jurugambar penting untuk
membolehkan jurugambar bekerja dengan lebih efisyen. Jurugambar akan
memberi sepenuh tumpuan kepada aspek artistik sesuatu subjek, manakala
pembantu jurugambar akan membantu dari aspek teknikal. Namun, cara
kerja ini melibatkan kos tambahan pada harga perkhidmatan fotografi
yang diberikan.
7) Gambar hitam putih dan sepia
Gambar hitam putih dan sepia ( warna coklat ) kini semakin diminati.
Ianya memberikan sentuhan klasik atau nostalgia pada sesebuah gambar.
Namun, kebanyakan gambar hitam putih atau sepia ketika ini tidak
melalui proses yang tulen sebagaimana gambar hitam putih yang sebenarnya.
Ini kerana, kos untuk menghasilkan gambar hitam putih yang tulen
adalah lebih tinggi dari kos untuk menghasilkan gambar warna. Gambar
hitam putih yang asli dihasilkan dengan merakam gambar menggunakan
filem hitam putih dan dicetak di atas kertas hitam putih juga. Tona
gambarnya lebih baik dan ianya tahan lebih lama. Kebanyakan gambar
hitam putih sekarang ini dihasilkan dengan merakam gambar dengan
kamera digital. Kemudian, gambar tersebut diubahsuai menjadi hitam
putih di dalam komputer dan seterusnya dicetak seperti biasa.
Artikel
1
Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda
Artikel 2
10 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Kepada Jurugambar Atau Juruvideo Anda
Artikel 3
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda
Artikel 4
7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Fotografi Perkahwinan
Artikel 5
7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Videografi Perkahwinan