Soalan
2
Adakah anda merakam gambar perkahwinan secara sambilan atau sepenuh
masa?
Soalan ini adalah bagi menganggar tahap komitmen seseorang jurugambar.
Biasanya, jurugambar yang melakukan tugas merakam gambar perkahwinan
secara sepenuh masa akan memberikan komitmen yang tinggi memandangkan
ini adalah satu-satunya punca pendapatan mereka. Namun, keadaan sebaliknya
mungkin juga berlaku.
Soalan
3
Adakah anda menggunakan peralatan digital atau analog?
Teknologi terkini memperlihatkan penggunaan peralatan fotografi dan
video digital. Tetapi, penggunaan sistem analog juga mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri. Terpulang kepada citarasa anda.
Soalan
4
Bolehkah saya lihat contoh hasil kerja anda?
Ini adalah antara soalan yang paling penting untuk memilih jurugambar
atau juruvideo. Dengan melihat contoh gambar beliau, anda mendapat
gambaran yang lebih jelas tentang apa yang akan anda perolehi. Cuma,
pastikan gambar yang ditunjukkan adalah hasil kerja beliau yang tulen.
Soalan
5
Apakah gaya fotografi atau videografi anda?
Setiap karya jurugambar atau juruvideo mempunyai gaya mereka yang tersendiri.
Begitu juga dengan pasangan pengantin yang mempunyai citarasa yang
berbeza terhadap gambar. Pilih jurugambar yang boleh merakam gambar
mengikut citarasa anda.
Soalan
6
Berapakah harga yang anda kenakan untuk perkhidmatan anda?
Harga yang dikenakan perlulah sesuai dengan bajet anda. Nilai samada
harga yang dikenakan berbaloi dengan perkhidmatan yang akan anda
perolehi. Sekiranya perlu, runding harga dengan jurugambar anda.
Soalan
7
Adakah apa-apa syarat lain atau bayaran tambahan yang akan dikenakan?
Tanya soalan ini untuk mengelakkan salah faham dan ketidakpuasan hati
di kemudian hari. Ini kerana setiap orang jurugambar mempunyai syarat
kerja dan syarat harga yang tersendiri.
Soalan
8
Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan gambar?
Nyatakan kepada jurugambar sekiranya anda amat memerlukan gambar anda
disiapkan segera. Ini bagi membolehkan jurugambar anda merancang
masa beliau sendiri. Sekiranya tidak perlu, beri masa yang mencukupi
kepada jurugambar anda untuk menyiapkan gambar anda tanpa perlu tergesa-gesa.
Soalan
9
Dalam bentuk apakah gambar siap akan diberi?
Gambar foto biasanya dicetak ke saiz 4R dan gambar video akan diberi
dalam format VCD atau DVD. Maklumkan kepada jurugambar atau juruvideo
anda sekiranya anda memerlukan bentuk lain.
Soalan
10
Adakah negatif atau imej asal akan diberi?
Imej asal foto biasanya adalah dalam bentuk negatif bagi kamera analog
dan fail jpeg bagi kamera digital. Manakala imej asal video adalah
dalam bentuk pita video. Imej asal ini penting sekiranya anda ingin
mencetak atau menyunting kembali gambar perkahwinan anda di kemudian
hari. Ada jurugambar yang memberi imej asal secara percuma dan ada
yang akan mengenakan bayaran.
Artikel
1
Bagaimana Memaksimumkan Peranan Jurugambar Anda
Artikel 2
10 Soalan Yang Anda Perlu Tanya Kepada Jurugambar Atau Juruvideo Anda
Artikel 3
Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda
Artikel 4
7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Fotografi Perkahwinan
Artikel 5
7 Istilah Yang Anda Perlu Tahu Dalam Videografi Perkahwinan